MADRASAH TERAPUNG MUSLIM CARE MALAYSIA SINAR BARU BUAT ANAK-ANAK BAJAU LAUT PELAUNG.
Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
25 October, 2022
Terharu sekali melihat perkembangan anak-anak Bajau Laut Pelaung yang bersekolah di Madrasah Terapung Muslim Care Malaysia (MCM).
Dari pertama kali hadir dengan perasaan takut-takut sehinggalah hari ini setelah lima siri pembelajaran, mereka begitu mesra sekali bergaul bersama Heroes kami.
Dari pertama kali hadir dengan perasaan takut-takut sehinggalah hari ini setelah lima siri pembelajaran, mereka begitu mesra sekali bergaul bersama Heroes kami.
"Kamu tahu Allah?" sapa seorang pelancong kepada salah seorang anak didik kami di Madrasah Terapung MCM.
"Iya." laju adik ini menjawab.
"Kamu tahu Rasulullah?" soal pelancong itu lagi.
"Iya."
"Kamu sekolah?" masih mahu tahu lebih tentang anak ini.
"Iya. Di sana." jawab adik ini sambil menunjuk ke arah bot Madrasah Terapung MCM.

Sabda Nabi Muhammad S.A.W yang diriwayatkan oleh Ibn Mas’ud R.A:
مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ
Maksudnya: Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya."
(Riwayat Muslim)
Subhanallah!
Sungguh, segala penat lelah mengusahakan projek ini seakan terbayar melihat anak-anak laut ini gembira dapat bersekolah. Melihat anak-anak ini sudah pandai mengucap syahadah, kenal batas aurat dan gembira untuk solat sungguh mendatangkan puas buat kami. Mudah-mudahan nanti rasa takut untuk turun ke darat juga akan hilang agar lebih banyak peluang pendidikan dapat diterokai mereka.

Gambar sepanjang misi untuk pemebelajaran siri kelima ini boleh dilihat disini
Gambar Misi
Terima kasih kepada rakan kerjasama yang banyak membantu dan terlibat sama dalam projek Madrasah Terapung ini iaitu IPG Kampus Tawau, Ustaz Morsid dan guru-guru madrasah Kampung Pulau Mabul, Semporna.

Terima kasih juga kepada para penyumbang yang terdiri daripada orang ramai, badan kerajaan, badan korporat dan juga agensi bank yang terus percaya kepada MCM.
Sumbangan masih boleh terus disalurkan melalui transaksi ke akaun
MUSLIM CARE MALAYSIA
564490413882
(MAYBANK)
Reference : sumbangan
MUSLIM CARE MALAYSIA
564490413882
(MAYBANK)
Reference : sumbangan
Semoga lebih banyak ilmu yang akan dipelajari oleh anak-anak Bajau Laut Palaung dalam siri-siri seterusnya.
Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia Society.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan,
Tepat pada sasaran.
Tepat pada waktunya.
#muslimcaremalaysia
#bantuankemanusiaanmerentasisempadan
Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia Society.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan,
Tepat pada sasaran.
Tepat pada waktunya.
#muslimcaremalaysia
#bantuankemanusiaanmerentasisempadan
© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve