MADRASAH TERAPUNG HADIAH ISTIMEWA UNTUK ANAK LAUT

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
1 December, 2022
Madrasah Terapung sebuah misi yang bagaikan mimpi menjadi nyata. Siapa sangka dengan kerjasama daripada pelbagai pihak termasuklah ONE NATION, JAKIM dan beberapa agensi lain akhirnya kini sudah beroperasi dan memberi manfaat kepada anak-anak laut di Pulau Mabul, Semporna Sabah.

Heroes Muslim Care Malaysia Society (MCM) diketuai Haji Zulkifli Wajihan telah membentangkan berkenaan projek ini kepada pasukan Bank Pembangunan Malaysia ketika lawatan ke sana baru-baru ini. Modul pembelajaran yang dibangunkan oleh sukarelawan MCM dangan kerjasama IPG Kampus Tawau ini ternyata memberi satu sinar baru buat anak-anak laut di Pulau Mabul atau turut dikenali sebagai anak Pala'u.
 
Pentingnya ilmu pengetahuan ini sehinggakan Allah SWT mengangkat orang-orang yang berilmu dengan beberapa darjat berdasarkan firman-Nya:
يَرْفَعِ اللَّـهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ
Maksudnya: “Supaya Allah SWT meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan Agama (daripada kalangan kamu) dengan beberapa darjat”.
(Surah Al-Mujadalah:11)
 
Masih banyak penambahbaikan sedang dirangka agar keberjayaan Madrasah Terapung ini benar-benar memberi manfaat kepada anak-anak ini.
Sumbangan untuk keberjayaan projek ini boleh disalurkan melalui capaian ini
 
atau boleh terus membuat transaksi ke akaun
MUSLIM CARE MALAYSIA SOCIETY
564490413882 (MAYBANK)
14014010147470 (BANK ISLAM)
1101744599 (BANK RAKYAT)
 
atau ke akaun
PERTUBUHAN PENYAYANG ISLAM MALAYSIA
8604171675 (CIMB)
 
Slip sumbangan boleh dimaklumkan kepada exco kami untuk rekod dan dokumentasi.
📲Hotline : 011-50050035
📲En Johari : 016-9978323
📲En Safuan : 013-4886447
📲Cik Suryana : 011-21941194
📲Cik Zuriati : 019-2049434
 
Semoga dengan bantuan yang dihulurkan, akan menjadi saham akhirat yang menjadi saksi kebaikan kita.
Insya-Allah.
 
Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia Society.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan,
Tepat pada sasaran.
Tepat pada waktunya.
© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia