MADRASAH TERAPUNG DI ASTRO OASIS

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
4 May, 2023
Keunikan dan keistimewaan Madrasah Terapung Muslim Care Malaysia (MCM) sebagai medium pendidikan untuk kanak-kanak Bajau Laut di perairan sekitar Pulau Mabul, Sabah menarik minat saluran televisyen berbayar Astro Oasis.
Dokumentari mengenai Madrasah Terapung selama 45 minit bakal dihasilkan oleh syarikat produksi Fast Motion untuk siaran di saluran Astro Oasis pada Julai tahun ini.
Dalam perbincangan yang diadakan di antara Fast Motion dan MCM di pejabat MCM di Selayang pada 2 Mei 2023, kedua-dua pihak setuju bekerjasama untuk sesi penggambaran selama lima hari di Pulau Mabul, bermula 10 Mei 2023.
Doakan, semoga usaha dan kerjasama ini berjalan lancar, sekaligus membuka mata lebih banyak pihak mengenai peranan Madrasah Terapung dan membantu menyumbang bagi menampung kos operasinya.
© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia