
MADRASAH SABAK BERNAM TERIMA 80 KAMPIT BERAS
Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
17 June, 2025
Muslim Care Malaysia (MCM) telah menyalurkan sebanyak 80 kampit beras kepada sebuah Mahad Tahfiz Darul Qura’, Sabak Bernam, Selangor pada 4 Jun 2025.
Bantuan ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kami dalam menyantuni institusi pendidikan Islam, khususnya yang menampung pelajar daripada kalangan asnaf dan keluarga kurang berkemampuan.
Sumbangan ini diharapkan dapat membantu meringankan beban penyediaan makanan harian pelajar serta memberi sokongan moral kepada para pendidik dan pengurusan madrasah dalam terus menyemarakkan ilmu.
Firman Allah SWT:
"Apa sahaja kebaikan yang kamu lakukan, maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahuinya."
(Surah Al-Baqarah : 215)
MCM mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penyumbang yang telah menyokong usaha ini. Tanpa sokongan anda, misi kebaikan seperti ini tidak dapat direalisasikan. Semoga setiap butir beras yang dikongsi menjadi saksi amal jariah yang berpanjangan di sisi Allah SWT.
Teruskan menyokong kerja-kerja kebajikan bersama Muslim Care Malaysia.
Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.
Tepat Pada Masa.
Tepat Pada Sasaran.