
LIPUTAN KEMBARA DAKWAH ACEH DI TV AL HIJRAH (VIDEO)
Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
5 August, 2025
Kembara Dakwah Aceh Muslim Care Malaysia (MCM) selama lima hari empat malam bermula 24 Julai 2025 berjalan lancar dengan pelbagai informasi dan pengalaman beru dikutip oleh 42 peserta yang mengikutinya.
Mereka terdiri daripada Exco dan kakitangan MCM, sukarelawan atau Heroes MCM, penuntut dan pensyarah Kolej Polytech Mara (KPTM) Kota Bharu.
Turut sama ialah wartawan dan jurukamera unit Berita TV Al Hijrah yang turut membuat liputan sepanjang program berlangsung.
Kembara Dakwah Aceh diadakan bersempena ulang tahun ke-20 MCM yang ditubuhkan pada 2005 oleh sukarelawan dari Malaysia yang terbabit dalam msisi bantuan kemanusiaan bencana Tsunami Aceh yang berlaku pada hujung Disember 2004.
Dua daripada pengasas MCM terbabit masih kekal bersa a MCM sehingga hari ini iaitu Presiden Haji Zulkifli Wahijan dan Timbalan Presiden, Mohd Johari Ismail.