LINANGAN AIR MATA BANDUAN AKHIR

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
18 April, 2023
Air mata mengalir deras di pipi seorang banduan akhir (BA) wanita di Penjara Pokok Sena, Kedah ketika mendengar kata-kata nasihat daripada Presiden Muslim Care Malaysia (MCM), Tuan Haji Zulkifli Wahijan.
"Jangan tinggal solat. Jangan putus asa dengan rahmat Allah. Jangan lupa, Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang," kata Haji Zulkifli.
BA itu kemudian diberi layanan agak istimewa apabila berbuka puasa di meja VIP bersama-sama Timbalan Pengarah Penjara Pokok Sena, Tuan S Tanabal.
Tuan Tanabal berkata, BA itu dijatuhi hukuman gantung sampai mati atas kesalahan membunuh dan kini dalam proses membuat rayuan di Mahkamah Rayuan.
Haji Zulkifli dan Duta MCM, Puan Natipah Abu hadir di majlis berbuka puasa dan khatam al-Quran bersama 100 banduan Penjara Pokok Sena pada 12 April 2023.
MCM turut menyumbangkan 50 naskah al-Quran, telekung dan sejadah untuk banduan.
 
 
© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia