
LEBIH 100 HAIWAN KORBAN DITUMBANGKAN DI TANAH SARI
Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
17 June, 2025
Hujan hampir sepanjang hari mewarnai ibadah korban pada hari pertama Aidiladha di bumi Tanah Sari, selatan Myanmar.
Alhamdulillah sebanyak 27 lembu, 11 kerbau dan 12 kambing dikorbankan hasil penyertaan rakyat Malaysia di bawah program Qurbancare Muslim Care Malaysia (MCM) dan rakan kolaborasi.
Dua organisasi yang bergabung bersama MCM untuk Qurbancare di Tanah Sari ialah Surau Al-Muhsinin Petronas dan Pertubuhan Kebajikan Al-Mannar Malaysia (Al-Mannar).
Exco MCM Tuan Asri Tuan Hussein dan Timbalan Pengerusi Al-Mannar, Ustaz Mohd Yasir Salleh berpusat di Kampung Tanjung untuk menyempurnakan ibadah korban bersama hampir 1,000 penduduk..
“Ini kali pertama kami melakukan korban sebanyak ini. Setiap keluarga mendapat tiga kilogram. Alhamdulillah, terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana sudi berkongsi rezeki dengan kami,” kata Ketua Kampung Tanjung, Haji Din Haji Mohsein
Sementara itu, sukarelawan Persatuan Kakitangan Islam Maybank (PKIMB) berkampung di Pulau Dua dengan jumlah haiwan korban lebih 50 ekor.
Ini menjadikan lebih 100 haiwan disumbangkan rakyat Malaysia untuk ibadah korban di hampir 30 kampung sekitar Tanah Sari dan memberi manfaat kepada ribuan umat Islam.
Alhamdulillah.
Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.
Tepat Pada Masa.
Tepat Pada Sasaran.