LAYANAN EKSKLUSIF KEPADA PESERTA ‘MALAYSIA AID2SYRIA’ (VIDEO)

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
5 February, 2025

Dua puluh lapan peserta ‘MalaysiaAid2Syria’ diberi layanan eksklusif oleh kerajaan interim Syria apabila diberi kebenaran masuk ke negara itu pada 20 Januari 2025.

Mengikut peraturan terkini, hanya rakyat Syria dibenarkan masuk ke negara itu selepas pejuang Hayat Tahrir Al-Sham (HTS) diketuai Ahmed al-Sharaa mengambil alih pemerintahan daripada rejim kufar Bashar al-Assad pada 8 Disember 2024.

Presiden Muslim Care Malaysia (MCM) Tuan Haji Zulkifli Wahijan mengucapkan setinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT apabila berjaya melepasi rintangan awal itu.

Beliau berkata, keitimewaan yang diberikan kepada delegasi ‘MalaysiaAid2Syria’ adalah hasil kerja keras dan hubungan baik Pengerusi MCM Syria, Muhammad Khatib dengan pemerintah terkini.

“Jumlah peserta seramai 28 orang adalah misi bantuan antarabangsa terbesar pernah MCM anjurkan dan kami juga membawa ubat-ubatan untuk program misi.

“Keseluruhannya 14 organisasi berganung untuk MalaysiaAid2Syria ini termasuk tiga NGO lain selain MCM, dua doktor dan dua media arus perdana iaitu Harian Metro dan TV Alhijrah.

“Jadi sebelum inj saya cukup bimbang kalau kami tidak dibenarkan masuk ke Syria. Alhamdulillah, Allah SWT mempermudahkan urusan kami,” kata Haji Zulkifli.

Selain MCM, ‘MalaysiaAid2Syria’ turut disertai tiga lagi NGO iaitu Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muslim Volunteer Malaysia (MVM) dan Harmoni Prihatin Malaysia (HPM).

Misi MalaysiaAid2Syria mengambil masa 11 hari dengan program sumbangan pek makanan, bantuan pakaian musim sejuk dan pemeriksaan kesihatan di Damsyik, Aleppo, Hama dan Homs.



© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia