LAWATAN SAMBIL BELAJAR UIS KE MADRASAH TERAPUNG (VIDEO)

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
23 June, 2024

Muslim Care Malaysia berkesempatan mengunjungi Madrasah Terapung di Mabul,Sabah bersama Universiti Islam Selangor pada 10 Jun2024.

UIS diwakili Dr Abdul Razif Bin Zaini, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Islam Selangor dan Dr Salman bin Zainal Abidin Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar UIS. Turut serta, rombongan daripada Institut Perguruan Guru (IPG) Kampus Tawau.

Melalui lawatan kali ini, beberapa simulasi dibuat berdasarkan silibus yang diguna pakai terhadap pembelajaran anak-anak bajau laut di Madrasah Terapung oleh pelajar IPG diketuai Dr Halimatus Sa'adiah Mat Said selalu ketua penyelaras Madrasah Terapung.

Kunjungan ini bertujuan bagi melihat perkembangan pembelajaran anak-anak bajau laut di Madrasah Terapung sekaligus memperkenalkan silibus Madrasah Terapung kepada wakil Universiti Islam Selangor.

Perbincangan jangka masa panjang turut dihadiri wakil-wakil daripada komuniti bajau bersama pihak Muslim Care Malaysia dalam membincangkan hala tuju Madrasah terapung dalam usaha untuk mengetengahkan pendidikan kepada anak-anak bajau laut.



© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia