LAWATAN KE TAPAK KOLAM TADAHAN AIR KAMPUNG LUAR, BALING

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
19 August, 2023

Biarpun terletak jauh di pedalaman, Kampung Luar, Mukim Siong, Baling Kedah adalah sebuah destinasi penempatan yang 'meriah' dengan kewujudan kira-kira 300 rumah dan lengkap dengan dewan serta masjid.

Intan berlian jangan dipijakkan. Begitulah perasaan orang kampung apabila dikhabarkan ada seorang jutawan mahu menawarkan tanah beliau untuk diwakafkan untuk pembinaan tempat tadahan air.

Muslim Care Malaysia (MCM) diketuai Ahmad Safuan Ujar, Setiausaha Agung MCM telah turun ke kampung itu untuk melawat tapak untuk projek pembinaan kolam tadahan air dan pemasangan polipaip.

Tempat takungan ini nanti diharapkan akan mampu memudahkan prosen bekalan air kepada penduduk kampung di waktu genting seperti Hari Raya dan kenduri keramaian.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud;

“Sesiapa yang membeli Telaga al-Rumah (Telaga Uthman) ini dan mewakafkan airnya kepada orang Muslim, dia akan diberi pahala berdasarkan setiap timba air yang disedekahkan itu dan kelak dia akan meminum air di dalam syurga.” (Hadith Riwayat Bukhari).

Insya-Allah, dengan izin Allah projek ini akan direleasisakan dan memberi manfaat kepada lebih daripada 300 buah keluarga.

Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.

Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan,

Tepat pada sasaran.

Tepat pada waktunya



© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia