LAUTAN BALAK MELANDA KG BABAH KRUENG (VIDEO)
Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
14 January, 2026
Kampung Babah Krueng di Sawang, Aceh Utara bernasib baik kerana tidak 'ghaib' akibat dilanda banjir lumpur luar biasa yang membawa bertan-tan kayu balak dalam kejadian pada 27 November 2025.
Disebabkan adanya deretan pokok pinan di pinggir sungai, kayu balak yang hanyut tersadai di situ dan tidak merempuh rumah penduduk kampung yang keseluruhannya berjumlah 150 unit.
Pemandangan lautan kayu balak itu masih kekal ketika pasukan misi bantuan banjir Aceh 3.0 Muslim Care Malaysia ke sana pada 3 Januari 2026.
Antara sumbangan yang diagihkan kepada penduduk kampung ialah beras, telur, minyak masak dan biskut yang setiap satu bernilai RM160.
“Tidak beriman seseorang itu sehingga dia mencintai saudaranya seperti dia mencintai dirinya sendiri” diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a. dari Nabi Muhammad ﷺ.”- Hadis Riwayat Al- Bukhari dan MusliM.