LANTAI SENGET BERDINDINGKAN BENDERA TERPAKAI

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
15 July, 2023
"Nak solat pun tak seimbang. Lantai rumah ni senget," luah En. Rosdini kepada kami dalam sesi ziarah kami pada hari Sabtu, 8 Julai 2023.
Sayu rasa hati melihat keadaan rumah yang sangat daif ini. Lantai senget, bendera terpakai dijadikan tirai untuk menghalang pandangan luar ke dalam ruang rumah mereka dan dinding yang berlubang ini rupanya didiami oleh 5 orang sekeluarga.
Muslim Care Malaysia akan membantu menyiapkan rumah baharu untuk mereka sekeluarga Insya-Allah secepat mungkin agar mereka dapat hidup dengan lebih selesa, selamat dan suci.
Bahan bantuan berbentuk keperluan ibadah dan pakaian sempurna juga akan diusahakan untuk mereka sekeluarga.
Kepada yang berhajat untuk sama-sama membantu mereka boleh berbuat demikian dengan menderma melalui pautan ini
Daripada Abu Hurairah R.A, beliau berkata: Rasulullah S.A.W bersabda:
مَنْ نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الدُّنْيَا نَفَّسَ اللَّهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ، وَمَنْ يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ يَسَّرَ اللَّهُ عَلَيْهِ فِى الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ
“Barangsiapa yang membantu seorang Muslim (dalam) suatu kesusahan di dunia maka Allah akan membantunya dalam kesusahan pada hari kiamat, dan barangsiapa yang meringankan (beban) seorang Muslim yang sedang kesulitan maka Allah akan meringankan (bebannya) di dunia dan akhirat.”
(Riwayat Muslim)
Semoga dengan bantuan yang dihulurkan, keluarga ini akan dapat memulakan kehidupan baharu yang lebih baik. Insya-Allah.
Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan,
Tepat pada sasaran.
Tepat pada waktunya.
© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia