KUNJUNGAN PENGHARGAAN PELAJAR USIM LANJUTAN PROGRAM GISO

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
6 July, 2026

MCM Centre hari ini menerima kunjungan wakil Pelajar Syariah Industri Halal USIM yang hadir bagi menyampaikan penghargaan kepada Muslim Care Malaysia Society (MCM) atas sokongan sebagai rakan penaja utama Program GISO Halal Voyage x Surabaya 2026.

Delegasi telah disambut oleh Presiden MCM, Haji Zulkifli Wahijan, bersama Bendahari MCM, Ustaz Ahmad Shukri.

Program Global Islamic Student Outreach (GISO) yang berlangsung di Surabaya, Indonesia pada 23–30 Mei 2026 merupakan inisiatif tahunan USIM yang memfokuskan kepada pembangunan mahasiswa melalui aktiviti khidmat masyarakat, kesukarelawanan dan dakwah di peringkat antarabangsa.

Semoga hubungan baik antara MCM dan USIM terus berkembang demi melahirkan lebih ramai generasi mahasiswa yang cakna, berbakti dan membawa manfaat kepada ummah.

© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia