KUNJUNGAN KE PEJABAT PESURUHJAYA TINGGI MALAYSIA DI SINGAPURA
Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
1 July, 2024
Muslim Care Malaysia berbesar hati apabila Pejabat Pesuruhjaya Tinggi sudi menerima kunjungan hormat kami pada Sabtu, 29 Jun 2024.
Menyedari lebih daripada 3,000 orang rakyat Malaysia berulang-alik mencari rezeki di Singapura, kami terpanggil untuk menjaga kebajikan mereka di sana.
Dilaporkan hampir setiap hari pasti berlaku kemalangan di sempadan Singapura-Johor ketika para pekerja berulang alik ke tempat kerja. Kadar kematian juga semakin meningkat dan boleh dikatakan setiap minggu pasti berlaku kematian akibat kemalangan.
Muslim Care Malaysia memandang perkara ini serius dan perlu dibantu segera.
Insya-Allah satu kerjasama antara 1 Third Media dan Pejabat Pesuruhjaya Malaysia di Singapura bersama Muslim Care Malaysia akan cuba mengatasi perihal ini.
Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.
Tepat Pada Waktunya,
Tepat Pada Sasaran.