KUNJUNGAN HORMAT KEPADA IMAM BESAR NEGERI KELANTAN

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
23 November, 2025

Barisan kepimpinan Muslim Care Malaysia (MCM) melakukan kunjungan hormat kepada Imam Besar Negeri Kelantan, Dr Muhammad Hana Pizi Haji Abdullah di Kota Bharu, Kelantan pada 19 November 2025.

Mereka ialah Presiden Hj Zulkifli Wahijan; Timbalan Presiden Mohd Johari Ismail, Setiausaha Agung Ahmad Safuan Ujar; Bendahari Ustaz Ahmad Shukri Ismail dan Pengarah Media Tuan Asri Tuan Hussein.

Hadir sama, pendakwah bebas tempatan Ustaz Mohd Nur Eidil Fitri. Kunjungan dilakukan bersempena program “Jaulah Bahu Untuk Gaza” dari 17 hingga 19 November membabitkan sembilan masjid di Kelantan dan empat masjid di Besut, Terengganu.

Antara perkara dibincangkan ketika kunjungan itu ialah perkembangan terkini di Gaza dan aktiviti bantuan yang disalurkan MCM di sana.

Muslim Care Malaysia Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan, Tepat Pada Waktunya Tepat Pada Sasaran.


© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia