KUNJUNGAN HORMAT KE WISMA DARUL AMAN
Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
12 July, 2026
Alhamdulillah, Muslim Care Malaysia Society telah mengadakan kunjungan hormat ke pejabat YB. Mejar (B) Mansor Bin Zakaria, AMK., PCK., PNBB., PPS
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah (Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kesihatan ) di Wisma Darul Aman.
Pertemuan ini menjadi platform untuk mengeratkan ukhuwah, memperkukuh jaringan kerjasama serta berkongsi pandangan mengenai usaha-usaha kebajikan, kemanusiaan dan kesejahteraan masyarakat yang boleh digerakkan secara bersama. Pertemuan membincangkan secara agak serius berkaitan usaha membantu pembinaan rumah asnaf di Negeri Kedah khususnya.
Muslim Care Malaysia Society merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YB Mej B Mansor Zakaria atas kesudian menjemput dan menerima kunjungan ini. Semoga segala perbincangan yang berlangsung menjadi titik permulaan kepada lebih banyak kerjasama strategik dalam menyantuni masyarakat yang memerlukan.
Sabda Rasulullah SAW:
“Sebaik-baik manusia ialah yang paling bermanfaat kepada manusia.”
(Hadis riwayat al-Ṭabarānī, dinilai hasan oleh sebahagian ulama)
Semoga Allah SWT memberkati setiap usaha yang dilaksanakan dan mengurniakan kekuatan kepada semua pihak untuk terus berkhidmat kepada agama, bangsa dan negara.