KUNJUNGAN HORMAT KE MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
3 July, 2024

Muslim Care Malaysia berbesar hati apabila Majlis Agama Islam Negeri Sembilan menerima kunjungan hormat kami pada Selasa, 2 Jun 2024.

Perbincangan antara Muslim Care Malaysia bersama Majlis Agama Islam Negeri Sembilan membuka ruang dan peluang untuk kedua pihak berkerjasama dalam projek-projek yang akan datang dalam membantu asnaf yang memerlukan.

"Kami amat mengalukan kedatangan Muslim Care Malaysia ke MAINS oleh kerana kedua pihak mempunyai misi dan visi yang sama untuk berkolaborasi jika berpeluang"

Ucap Dato' Seri Dr. Abdul Aziz bin Sheikh Ab.Kadir, Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan pada ucaptama semalam.

Antara perkara yang dibincangkan adalah bagaimana MAINS dapat membantu dan memberi peluang kepada Muslim Care Malaysia agar hubungan antara dua pihak ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat.

Muslim Care Malaysia amat berbesar hati atas respon daripada pihak MAINS yang mengalukan kedatangan kami.

Semoga kunjungan ini membuka peluang untuk saling berkerjasama demi kemaslahatan ummah.

Ingat Sedekah Jariah Ingat Muslim Care Malaysia

Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.


© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia