KUMRAT VALLEY, TAPAK ILMU DARI TANGAN RAKYAT MALAYSIA

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
23 June, 2025

Ini bukan cerita viral.

Tetapi ia cerita benar, tentang apa yang kita telah bina, jauh beribu batu dari tanah air Malaysia.

Pada 8 Jun 2025, Muslim Care Malaysia (MCM) sempat ke Madrasah Jamiatul Hamidiah di Lembah Kumrat, Pakistan ketika misi qurban berlangsung.

Madrasah yang mula dibina selepas banjir besar melanda kawasan ini pada Mac 2024, hari ini telah menjadi rumah ilmu kepada lebih 150 pelajar. Alhamdulillah.

Delegasi MCM yang diwakili Setiausaha dan Bendahari MCM, Ahmad Safwan Ujar dan Ahmad Shukri Ismail berpeluang menyaksikan sendiri 3 hafiz cilik mengkhatamkan 30 juzuk Al-Quran, dengan qasidah Urdu yang meresap ke hati.

MCM turut memberi sumbangan kepada guru-guru yang setia mendidik dan anak-anak yatim serta pelajar OKU. Terharu sungguh melihat usaha kita sejak 2024 telah memberi manfaat kepada penduduk setempat.

Semua ini hakikatnya lahir daripada sumbangan Tuan Puan penderma MCM yang sentiasa bermurah hati dan budiman.

Senyap-senyap anda membuka madrasah ilmu.

Tanpa didendang nama, tanpa meminta pujian.

“Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya serta semua makhluk di langit dan bumi, hatta semut di lubangnya dan ikan di laut, mendoakan kebaikan kepada orang yang mengajarkan kebaikan kepada manusia.”

(Hadith Riwayat al-Tirmizi)

Madrasah ini masih sedang dibina dan memerlukan bantuan untuk menyiapkan tingkat 2 bangunan kelas. Jom kita sempurnakan ia bersama.

Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.

Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.

Tepat Pada Masa.

Tepat Pada Sasaran.


© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia