KOMUNITI YAMAN DI MALAYSIA TURUT DIBANTU
Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
8 March, 2026
Beberapa kanak-kanak Yaman berlari-lari menyambut ketibaan kenderaan pacuan empat roda Muslim Care Malaysia (MCM) di perkarangan sebuah bangunan apartment di Kajang, Selangor pada 5 Mac 2026.
Mereka kemudian bersemangat membantu menurunkan pek makanan mengandungi beras seberat 5 kilogram setiap satu serta bungkusan “ready to eat” (sedia dimakan) mengandungi beberapa bungkusan biskut, sardin dan serbuk minuman.
Ahli Lembaga Pengarah MCM, Tuan Asri Tuan Hussein kemudiannya menyerahkan 100 bungkusan pek makanan itu kepada penerima membabitkan 100 keluarga komuniti Yaman yang tinggal di sekitar Kajang dan Bangi, Selangor.
Kebanyakan mereka tinggal di Malaysia antara tiga hingga 10 tahun lalu kerana berasa lebih selamat berikutan konflik peperangan yang tidak berkesusahan di negara mereka.
Wakil komuniti Yaman di Kajang, Encik Abdul Kowi mengucapkan terima kasih kepada MCM atas sumbangan yang diberi dan memberitahu ia sedikit sebanyak meringankan beban kewangan mereka sepanjang Ramadan ini.
Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.
Tepat Pada Waktunya Tepat Pada Sasaran