KOMPLEKS WAKAF MCM DIBEDIL ISRAEL (VIDEO)

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
19 December, 2023

Sejak 2021, projek Bangunan Wakaf Palestin telah mula giat dijalankan hasil jariah rakyat Malaysia melalui Muslim Care Malaysia dan One Nation.

Bangunan Wakaf Palestin seluas 2,635 kaki persegi ini dirangka akan merancakkan lagi kegiatan ekonomi rakyat Palestin sekaligus membantu mereka membina kehidupan yang lebih baik.

Dari sehari ke sehari warga Muslim Care Malaysia berdebar menanti khabar dari Gaza. Kami berserah sepenuhnya kepada Allah semoga bangunan Wakaf ini kekal selamat dan tidak diganggu oleh Zionis Israel.

Namun begitulah mereka, walau bangunan ini tidak berpenghuni tetaplah mahu dimusnahkan sehingga hancur lebur tidak berupa.

حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْم النَّصِيْرُ

Kepada Allah kami berserah. Mudah-mudahan ada sesuatu yang lebih baik sebagai pengganti.

Amin.




© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia