KISAH BOT JENAZAH MUSLIM CARE DI TV1

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
15 June, 2023

Komuniti beragama Islam yang tinggal di pulau kecil di Sabah berdepan pelbagai kesukaran untuk menguruskan jenazah setiap kali berlaku kematian. 

Kadangkala memakan masa berhari-hari sementara menanti bot untuk membawa jenazah berlayar ke daratan untuk dikebumikan.

Muslim Care Malaysia (MCM) telah menyalurkan sumbangan sebuah bot serta enjin kepada mereka supaya urusan pengebumian dapat disegerakan dan dipermudahkan.

Ikuti kisah bagaimana "bot jenazah" sumbangan MCM memberi banyak manfaat kepada penduduk terbabit menerusi rancangan Musa'adah di saluran TV1 RTM pada jam 4.30 petang hari Jumaat, 16 Jun 2023.

Ingat sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia

Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan

Tepat pada sasaran

Tepat pada waktunya.

© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia