KERUSI RODA UNTUK ATLIT PARALIMPIK

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
22 November, 2022
Muslim Care Malaysia Society diwakili Tuan Haji Zulkifli Wahijan telah menyerahkan kerusi roda berharga Rm15, 000 kepada bekas atlit paralimpik Malaysia, Zahidi Lamsah di Melaka baru-baru ini. Turut diberikan bersama ialah kusyen khas yang akan memberi keselesaan kepada pengguna.
"Saya sudah minta dengan pelbagai institusi. Dengan Muslim Care permohonan saya tidak sampai sebulan. Sangat mudah pengurusannya" luah bekas atlit paralimpik Malaysia .
Zahidi Lamsah bekas atlit paralimpik bowling Malaysia pernah menyumbangkan emas dalam Indonesia 2018 Asian Para Games.
Jasa beliau mengharumkan nama Malaysia di mata dunia seharusnya tidak kita lupakan.
Dengan adanya kerusi roda yang lebih ringan ini diharapkan akan memudahkan urusan harian beliau yang masih bekerja dan berlatih sukan bagi meneruskan kelangsungan hidupnya.Masih ramai di luar sana yang memerlukan bantuan dana untuk memiliki kerusi roda bagi memudahkan urusan harian mereka.
Mari bersama kami Muslim Care Malaysia Society berjariah dalam bentuk kerusi roda melalui capaian ini
 
atau boleh terus membuat transaksi ke akaun
MUSLIM CARE MALAYSIA
564490413882 (MAYBANK)
14014010147470 (BANK ISLAM)
1101744599 (BANK RAKYAT)
atau ke akaun
PERTUBUHAN PENYAYANG ISLAM MALAYSIA
8604171675 (CIMB)
Slip sumbangan boleh dimaklumkan kepada exco kami untuk rekod dan dokumentasi.
📲Hotline : 011-50050035
📲En Johari : 016-9978323
📲En Safuan : 013-4886447
📲Cik Suryana : 011-21941194
📲Cik Zuriati : 019-2049434
Semoga dengan bantuan yang dihulurkan, akan meringankan beban mereka yang memerlukan.
Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia Society.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan,
Tepat pada sasaran.
Tepat pada waktunya.
© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia