KERUSI RODA BUAT ASNAF UZUR DI LANGKAWI
Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
10 October, 2025
Hari kedua Misi Kasih Asnaf Muslim Care Malaysia (MCM) di Pulau Langkawi menyaksikan serahan bantuan barangan keperluan asas kepada 100 keluarga asnaf di perkampungan nelayan Kg Belanga Pecah.
Serahan disampaikan oleh Exco MCM, Cik Zuriati Yaakob dan Cik Suryana Sutarzi pada 21 September 2025.
Selain itu, pasukan MCM turut menziarahi beberapa asnaf yang uzur dengan menyampaikan bantuan terus ke rumah mereka, termasuk kerusi roda dan lampin pakai buang.
Terima kasih kepada semua yang bersama menjayakan misi ini, khususnya PERWANIS dan HEROES MCM yang hadir dari pelbagai negeri dengan penuh komitmen.
Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.
Tepat Pada Masa.
Tepat Pada Sasaran.
© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve