KERJASAMA MCM DAN USIM BERDAKWAH DI KOREA (VIDEO)

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
10 March, 2024

Amat membanggakan apabila ada rakyat Malaysia di Korea mampu untuk menjalankan perniagaan dan membuka sebuah kedai makan di Korea Selatan.

Seramai 20 orang pelajar Malaysia di Korea dan 18 pelajar USIM telah berkumpul bersama-sama delegasi Muslim Care Malaysia, En Nazarudin Ja'afar, wakil kedutaan Malaysia di Korea dan En Shahril Nizam Idris, Penasihat Pendidikan Malaysia di Korea di kedai tersebut.

Pelbagai perkara telah dibincangkan bersama termasuklah usaha dakwah Islam yang sangat Muslim Care Malaysia mahu lakukan di negara tersebut.

Insya-Allah, perbincangan lanjut akan terus dibuat dalam usaha memastikan sinar Islam tersebar luas.

Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.

Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.

Tepat pada waktunya.

Tepat pada sasaran.



© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia