
KERJASAMA MCM DAN MALBATT DI LUBNAN DITERUSKAN (VIDEO)
Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
7 October, 2025
Walau jarak beribu kilometer, kasih sayang rakyat Malaysia tetap sampai kepada mereka yang diuji.
Muslim Care Malaysia dengan penuh rasa tanggungjawab telah menyerahkan sumbangan bernilai RM43,000 kepada Pasukan MALBATT bagi tujuan agihan bantuan kemanusiaan di Lebanon.
Bantuan ini merangkumi selimut dan sleeping bag sebagai pelindung tubuh daripada dinginnya malam, kelengkapan kebersihan diri bagi menjaga keperluan asas dalam keadaan serba kekurangan, alat tulis untuk menyambung semangat anak-anak menuntut ilmu, serta pampers demi keselesaan bayi dan anak kecil yang tidak berdosa.
Kerjasama ini menjadi bukti bahawa tentera dan rakyat mampu berganding bahu bukan sahaja di medan pertahanan, tetapi juga dalam misi kemanusiaan.
Bantuan ini bukan sekadar barangan, tetapi titipan kasih, doa, dan harapan agar ada sedikit cahaya dan kelegaan di bumi Lebanon.
“Muslim Care Malaysia – Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan, Tepat Pada Sasaran, Tepat Pada Waktunya.”