KERIAN, PERAK DITERJAH HEROES MCM.

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
17 November, 2022
Heroes Muslim Care Malaysia Society Diketuai Tuan Setiausaha Agung Muslim Care Malaysia Society (MCM), Encik Ahmad Safuan telah menghantar bantuan kepada 15 buah keluarga yang terlibat dengan bencana banjir di daerah Kerian, Perak.
 
Mangsa-mangsa banjir ini telah berpindah ke Pusat Pemindahan sementara di Sekolah Rendah Kebangsaan Chang kat Lobak sejak malam semalam.
Antara bantuan yang telah dihantar ialah set ibadah, set kebersihan serta makanan. Pegawai JKM dan JPAM yang menyelia kawasan penempatan sementara ini akan membantu mengedarkan kepada mereka yang memerlukan.
 
Dijangkakan air akan terus naik, berikutan adanya tanda-tanda ribut petir akan berlaku.
 
Amaran ribut petir telah dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensities hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi satu jam.
Diharapkan kepada semua yang berada di kawasan berisiko untuk banjir, untuk sentiasa bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan.
Kepada yang berhajat untuk menyumbang kepada mereka yang terlibat dengan banjir, boleh berbuat demikian melalui capaian ini
 
atau boleh terus membuat transaksi ke akaun
MUSLIM CARE MALAYSIA
564490413882 (MAYBANK)
14014010147470 (BANK ISLAM)
1101744599 (BANK RAKYAT)
 
atau ke akaun
PERTUBUHAN PENYAYANG ISLAM MALAYSIA
8604171675 (CIMB)
 
Slip sumbangan boleh dimaklumkan kepada exco kami untuk rekod dan dokumentasi.
📲Hotline : 011-50050035
📲En Johari : 016-9978323
📲En Safuan : 013-4886447
📲Cik Suryana : 011-21941194
📲Cik Zuriati : 019-2049434
 
Walau berapa pun nilai jariah yang dihulurkan percayalah, ia sangat bermakna buat mereka.
 
Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia Society.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan,
Tepat pada sasaran.
Tepat pada waktunya.
© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia