KENYATAAN RASMI PENJELASAN NAMA AKAUN BANK MUSLIM CARE MALAYSIA

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
26 February, 2026

1. Merujuk kepada pertanyaan beberapa penyumbang berkaitan nama akaun bank yang tertera sebagai: PERTUBUHAN PENYAYANG ISLAM (MUSLIM CARE MALAYSIA SOCIETY)

2. Pihak kami ingin menjelaskan bahawa nama tersebut adalah nama rasmi pertubuhan yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) di bawah Akta Pertubuhan 1966.

3. Manakala “Muslim Care Malaysia” adalah singkatan jenama yang digunakan dalam semua urusan kebajikan, kemanusiaan dan hebahan awam.

4. Sehubungan itu, para penyumbang tidak perlu bimbang kerana nama yang tertera pada akaun bank adalah selaras dengan nama pendaftaran rasmi ROS.

5. Kami amat menghargai keprihatinan dan ketelitian para penyumbang. Semoga setiap sumbangan tuan/puan menjadi amal soleh yang berpanjangan.

6. Bersama ini dilampirkan Sijil Pendaftaran ROS untuk rujukan dan makluman Tuan/Puan.

Sekian, Terima Kasih.

Dikeluarkan Oleh:

Muslim Care Malaysia Society

Tarikh: 24 Februari 2026

© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia