KENYATAAN MEDIA : MUSLIM CARE MALAYSIA UCAP TAKZIAH ATAS BENCANA GEMPA BUMI DI TURKIYE DAN SYRIA.
Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
23 February, 2023
Muslim Care Malaysia Society (MCM) dengan rasa dukacita merakamkan ucapan takziah kepada rakyat dan kerajaan Turkiye di atas bencana gempa bumi terburuk melanda negara itu sejak Isnin.
MCM mendoakan kerja-kerja menyelamat berjalan dengan lancar dan bantuan sampai dengan kadar segera. MCM yang telah secara rasmi berdaftar dengan Kerajaan Turkiye dan berpejabat di Hatay telah mula menggerakkan bantuan dengan kekuatan lebih 50 orang staf sejurus selepas berlaku gempa
bumi pada hari Isnin (06 Februari 2023).
Bermula 08 Februari sehingga 14 Februari ini, MCM akan bermisi bersama dengan MCM cawangan Turkiye- Syria bagi membantu menyegerakan bantuan untuk mangsa-mangsa gempa bumi.
Semoga mangsa yang terlibat dirahmati Allah SWT manakala yang terjejas akan dapat pulih semula sepenuhnya.
‘BANTUAN KEMANUSIAAN MERENTASI SEMPADAN’
Yang Benar,
ZULKIFLI BIN WAHIJAN
PRESIDEN MUSLIM CARE MALAYSIA
BERTARIKH: 08 Februari 2023