KENDURI NASI KERABU DIHADIRI 15,000 ORANG UNTUK KUMPUL DANA MADRASAH
Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
27 July, 2026
Penduduk Kampung Bukit di Narathiwat, selatan Thailand ada cara unik dan tersendiri untuk mengutip dana bagi memperbesarkan sebuah sekolah agama di kampung itu.
Secara bergotong royong, mereka menganjurkan kenduri nasi kerabu besar-besaran yang dihadiri kira-kira 15,000 tetamu termasuk dari Malaysia pada 25 Julai 2026.
Sasaran mereka ialah untuk mengumpulkan sejumlah $3 juta Bhat atau RM365,000 bagi pembesaran dan menaik taraf Madrasah Raudhatul Islamiah yang menyediakan pendidikan asas Islam untuk 80 kanak-kanak di kampung itu.
Kagum dengan ukhuwah dan kegigihan mereka, Muslim Care Malaysia (MCM) hadir dan menghulurkan sumbangan sebanyak RM8,000.
Sumbangan disampaikan Presiden MCM, Haji Zulkifli Wahijan yang mengetuai rombongan seramai 16 yang kebetulan mengadakan beberapa program kebajikan di Kedah dan selatan Thailand.
Mudir Madrasah Raudhatul Islamiah, Ustaz Sanabi Che Nae yang menerima sumbangan melahirkan penghargaan dan mendokan semoga MCM terus diizinkan Allah untuk menabur bakti di seluruh dunia.
Ingat Sedekah Jariah Ingat Muslim Care Malaysia
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan
Tepat Pada Waktunya, Tepat Pada Sasaran