KEMPEN SUSU DAN AIR UNTUK GAZA PERLUKAN RM 1 JUTA

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
9 October, 2024

"Angka RM5.5 juta yang telah kita salurkan ke Gaza, mungkin kita anggap satu jumlah yang besar. Hakikatnya, jumlah itu belum memadai." ucap Tuan Hj Zulkifli Wahijan, Presiden Muslim Care Malaysia (MCM) dalam ucapannya di majlis Makan Malam Amal Memperingati 365 Hari Taufan Al-Aqsa semalam, 6 Oktober 2024.

Majlis yang berlangsung di Pusat Konvensyen MPAJ Taman Melawati itu turut dihadiri Dato' Seri Dr Zulkifli Albakri, Penasihat MCM serta Dr Ustaz Azahar Yaakub dan Datuk Dr Ustazah Norhafizah Musa , duta MCM.

Sebuah kempen "Susu dan Air Untuk Gaza" telah dilancarkan dan mensasarkan sebanyak RM 1 JUTA lagi untuk disumbangkan kepada rakyat Palestin khususnya Gaza.

Untuk makluman sehingga hari ini, selepas setahun Taufan Al-Aqsa sebanyak RM 5.5 JUTA telah MCM salurkan kepada Palestin. Ini semua termasuklah khemah di perkampungan As Sumuod Camp, pembinaan surau di perkampungan As Sumuod Camp, panel solar, ubat-ubatan, peralatan perubatan, lampin pakai buang, air bersih, makanan panas, susu untuk bayi dan alat tulis.

Alhamdulillah, terima kasih yang tidak terhingga buat semua penyumbang yang terus komited dan konsisten menyalurkan bantuan kepada Palestin melalui Muslim Care Malaysia.

Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.

Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.

Tepat pada waktunya.

Tepat pada sasaran.


© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia