KEMBARA DAKWAH SEMPORNA (VIDEO)
Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
17 October, 2025
Alhamdulillah, pada tanggal 10 Oktober 2025 Muslim Care Malaysia bersama FGV dalam misi Kembara Dakwah Semporna dalam mengagihkan zakat wakalah FGV sebanyak RM110,000 yang diuruskan oleh MCM. Dana ini merangkumi 3 buah pulau iaitu Pulau Bum Bum, Pulau Mabul dan Pulau Kulapuan dan yang menerima manfaat sebanyak 931 keluarga. Setiap keluarga menerima berupa barangan keperluan asas keluaran Saji bernilai kira-kira RM100.
Kembara Dakwah Semporna pada hari pertama dimulai di Pulau Bum Bum. Seramai 345 buah keluarga telah menerima sumbangan yang meliputi 9 buah kampung.
Sumbangan telah disampaikan oleh Tuan Haji Fakhrunniam bin Othman, Group CEO FGV Holdings Berhad, Tuan Haji Zulkifli bin Wahijan, Presiden Muslim Care Malaysia dan Sahibus Samahah Datuk Ustaz Haji Bungsu @ Aziz Bin Hj. Jaafar Mufti Kerajaan Negeri Sabah.
Selain daripada serahan sumbangan, turut diadakan kenduri rakyat, pemeriksaan kesihatan yang dilaksanakan oleh PAPISMA.
Terima kasih kepada semua rakan strategik MCM, FGV Berhad, MUIS, IPG Kampus Tawau, PAPISMA, Sabah Relief dan unit media RTM Tawau yang menjayakan program Kembara Dakwah Semporna 2025.
Esok program Kembara Dakwah Semporna akan bersambung ke Pulau Mabul.
Teruskan bersama Muslim Care Malaysia.