KEMBARA DAKWAH DI PULAU MABUL (VIDEO)

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
17 October, 2025

Tanggal 11 Oktober 2025 merupakan hari kedua Muslim Care Malaysia (MCM) bersama FGV dalam misi Kembara Dakwah Semporna.

Kali ini giliran penduduk Pulau Mabul pula dipilih untuk mendapat agihan perniagaan zakat daripada Kumpulan FGV. Sebanyak 250 set barangan keperluan asas keluaran Saji disediakan untuk 250 buah keluarga menerima manfaat. Setiap keluarga menerima bantuan berupa barangan keperluan asas keluaran Saji bernilai kira-kira RM100.

Sumbangan telah disampaikan oleh Encik Mohd Yusof bin Abdullah, CEO Pontian Plantation Bhd(Anak syarikat FGV) dan Tuan Haji Zulkifli bin Wahijan, Presiden MCM.

Selain daripada serahan sumbangan, turut diadakan kenduri rakyat, pemeriksaan kesihatan dan juga program khatan. Seramai 27 orang kanak-kanak berjaya dikhatan oleh doktor-doktor perubatan dari PAPISMA.

Terima kasih kepada semua rakan strategik MCM, FGV Berhad, IPG Kampus Tawau, PAPISMA dan Sabah Relief yang menjayakan program hari kedua Kembara Dakwah Semporna 2025.

Hari ketiga nanti, program Kembara Dakwah Semporna akan diteruskan lagi ke Pulau Kulapuan pula.

Ayuh teruskan bersama Muslim Care Malaysia.




© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia