Kem Kesihatan Jelajah Perlis

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
4 October, 2022
Meriah sekali suasana di Kem Kesihatan anjuran Muslim Care Malaysia Society (MCM) kerjasama bersama Pertubuhan Rumah Jannah Perlis.
Pada 1 Oktober baru-baru ini, telah berkumpul beberapa orang doktor, pegawai farmasi, fisioterapi, pakar telinga dan tekak serta Heroes MCM di Rumah Jannah Perlis bagi menjayakan Kem Kesihatan ini.
Pemeriksaan kesihatan secara menyeluruh termasuk gigi telah diberikan secara percuma kepada 46 orang anak asnaf dan yatim. Bahkan rawatan ini turut diberikan kepada ibu dan penjaga yang menemani anak masing-masing pada hari tersebut.
Anak-anak ini turut disajikan dengan hidangan yang lazat dan menyelerakan.
Bertambah ceria anak-anak ini semasa sesi motivasi dan perkongsian kerjaya daripada Heroes MCM.
Kemeriahan Kem Kesihatan ini sangat mengujakan dan akan diteruskan di kawasan-kawasan lain juga mengikut permintaan.
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
كَافِلُ الْيَتِيمِ لَهُ أَوْ لِغَيْرِهِ أَنَا وَهُوَ كَهَاتَيْنِ فِي الْجَنَّةِ
“Orang yang menanggung anak yatim miliknya atau milik orang lain, aku dan dia seperti dua ini (Nabi SAW mengisyaratkan dengan dua jari baginda SAW) di syurga”.
[Riwayat Muslim, (2983)]
Sesungguhnya program sebegini agak mustahil dijayakan jika tanpa sumbangan dana daripada ramai. Terima kasih kepada semua yang terus menyokong MCM walau dimana sahaja anda berada.
Semoga semuanya diterima Allah dan bernilai ibadah.
Insya-Allah.
Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia Society.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan,
Tepat pada sasaran.
Tepat pada waktunya.
© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia