KELAS MINGGUAN MERIAHKAN MASJID NISYIKASAI

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
7 October, 2025

Masjid Nisyikasai di Tokyo, Jepun, dibina hasil tajaan Muslim Care Malaysia (MCM) menerusi jariah rakyat Malaysia dan dirasmikan pada 2024 dengan RM1.25 juta daripadanya disumbangkan oleh rakyat Malaysia melalui MCM. 

Masjid ini berfungsi sebagai pusat komuniti Islam multinasional yang menjangkau pelajar, pekerja, keluarga, dan mualaf yang tinggal di sekitar Tokyo.

Ia bukan sahaja dijadikan tempat solat lima waktu dan Jumaat, malah menjadi pusat perkembangan ilmu dan dakwah.  

Alhamdulillah, suasana masjid sentiasa hidup dengan berbagai pengisian mingguan bermakna termasuk solat berjemaah, pengajian Al-Quran, kelas Bahasa Arab, asas-asas Islam, serta kelas Bahasa Inggeris. Kesemua ini memperkukuhkan ikatan ukhuwah dan membina kefahaman agama dalam komuniti tempatan dan antarabangsa.

Masjid Nisyikasai terus mekar sebagai pusat dakwah dan ilmu di Tokyo, membuktikan bahawa sumbangan rakyat Malaysia benar-benar membuka jalan syiar Islam di bumi Jepun.

Semoga Allah SWT, memberkati setiap usaha ini, memberi petunjuk dan melimpahkan ganjaran pahala kepada semua penyumbang dan pihak yang terlibat. Doa dan kasih sayang dari bumi Malaysia terus mengiringi umat Islam di Jepun agar syiar Islam terus mekar di tanah asing.

Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia. Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.

Tepat Pada Masa.

Tepat Pada Sasaran.


© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia