KEHADIRAN UPIN & IPIN, MENGUBAT TRAUMA ANAK-ANAK CIANJUR.
Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
7 February, 2023
Kebanjiran lebih 2,000 penonton di tiga lokasi persembahan memberi gambaran jelas inisiatif Muslim Care Malaysia (MCM) membawa Upin dan Ipin ke Cianjur, Jawa Barat, Indonesia berjaya mencapai matlamatnya.
Exco MCM, Mahfuzah Suparman berkata sambutan hangat dan wajah-wajah ceria penonton termasuk golongan dewasa ketika menikmati persembahan, menunjukkan mereka amat gembira, sekali gus melupakan sementara kedukaan yang dialami.
"Itulah tujuan kami, mahu mereka gembira dan terhibur. Alhamdulillah objektif itu tercapai," katanya yang juga ketua "Misi Pasca Gempa - Upin dan Ipin ke Cianjur."
"Itulah tujuan kami, mahu mereka gembira dan terhibur. Alhamdulillah objektif itu tercapai," katanya yang juga ketua "Misi Pasca Gempa - Upin dan Ipin ke Cianjur."
Anggota misi membabitkan 12 peserta iaitu enam dari MCM dan enam lagi dari syarikat produksi siri animasi Upin dan Ipin, Les Copaque Production (LCP).
Bumi Cianjur dilanda gempa berukuran 5.8 skala ritcher pada 21 November tahun lalu yang mengorbankan tidak kurang 600 nyawa dan meranapkan lebih 50,000 rumah, 518 sekolah serta 274 masjid.
Bumi Cianjur dilanda gempa berukuran 5.8 skala ritcher pada 21 November tahun lalu yang mengorbankan tidak kurang 600 nyawa dan meranapkan lebih 50,000 rumah, 518 sekolah serta 274 masjid.
Tiga sukarelawan MCM hadir menghulurkan bantuan sumbangan rakyat Malaysia pada 7 Disember 2022 yang dimanfaatkan untuk membina rumah dan masjid sementara.
Biarpun sudah lebih dua bulan tragedi berlaku, trauma dan kesan psikologi tragedi itu masih menghantui mangsa, terutama kanak-kanak.
Mahfuzah berkata, bagi menambah kegembiraan, penonton di setiap lokasi turut diberi pelbagai jenis cenderamata eksklusif Upin dan Ipin seperti lencana, buku mewarna, pelekat bergambar dan alat tulis.
Tiga lokasi persembahan ialah kawasan lapang yang menempatkan mangsa gempa di Mangun Kerta, Cibulakan dan Warung Kondang. Siri persembahan berlangsung dua hari pada 4 dan 5 Februari 2023.
Terima kasih diucapkan kepada LCP, rakan NGO Qudwah Indonesia, pihak berkuasa Kabupaten Cianjur dan banyak pihak lagi yang memberi bantuan serta kerjasama bagi menjayakan siri persembahan Upin dan Ipin ini.
Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan,
Tepat pada sasaran.
Tepat pada waktunya.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan,
Tepat pada sasaran.
Tepat pada waktunya.
© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve