Kaum India Di Pantai Dalam Diraikan.

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
27 October, 2022
Sempena perayaan festival cahaya, Deepavali baru-baru ini, Muslim Care Malaysia Society (MCM) telah menyantuni saudara kita dari kaum India di Pangsapuri Sri Sentosa, Lembah Pantai.
Sebanyak 100 bakul makanan telah diedarkan kepada 100 buah keluarga India yang telah diberikan ADUN kawasan berkenaan.
 
يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا
Maksudnya: “Wahai umat manusia, sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain).”
(Surah Al-Hujurat, 13)
 
Diharapkan dengan sumbangan bakul makanan ini dapat menyemarakkan semangat kekitaan di kalangan masyarakat Lembah Pantai serta memeriahkan suasana sambutan perayaan mereka.
 
Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia Society.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan,
Tepat pada sasaran.
Tepat pada waktunya.
© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia