KATIL PESAKIT UNTUK BANTU PUAN ROKIAH

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
14 January, 2025

Kemalangan dan ujian boleh hadir dalam pelbagai cara dan tempat tanpa mengira masa. Begitulah yang berlaku kepada Puan Rokiah yang tinggal di Sungai Pancing Utara, Kuantan Pahang.

Tanpa diduga, ditakdirkan Puan Rokiah terjatuh di ruang dapur rumahnya sehingga menyebabkan patah tulang pinggangnya. Rawatan sudah diambil di hospital berdekatan dan dinasihatkan untuk banyak berehat bagi memastikan kesihatan kembali pulih.

Muslim Care Malaysia (MCM) telah menghantar katil pesakit wakaf ke kediaman beliau untuk digunakan sementara masih memerlukan.

Terima kasih diucapkan kepada semua penderma Muslim Care Malaysia yang telah menyumbang untuk pembelian peralatan perubatan untuk diwakafkan kepada yang memerlukan secara giliran.

Teruskan bersama Muslim Care Malaysia.

Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.

Tepat Pada Waktunya.

Tepat Pada Sasaran.



© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia