KASIH BERTAUT DI KALABAKAN

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
8 July, 2025

Tanggal 28 Julai 2025, Muslim Care Malaysia (MCM) telah menjayakan misi Kasih Asnaf di Kalabakan, Sabah. Hampir 300 jiwa berjaya disantuni.

Misi Kasih Asnaf kali ini hasil kolaborasi Muslim Care Malaysia,MCM, Komuniti Kemanusiaan Brunei (KMK) dan Semarak Kasih Tawau (SEKATA). Misi kali ini bukan sekadar program, tetapi satu detik yang menyambung nyawa harapan.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah mewarna, timbang bola, pemeriksaan kesihatan, jamuan rakyat, dan sumbangan bakul makanan.

Sabda Nabi SAW:

"Perumpamaan orang-orang mukmin dalam kasih sayang, belas kasihan dan simpati mereka adalah seperti satu tubuh. Jika satu anggota sakit, seluruh tubuh turut merasa sakit dengan berjaga malam dan demam."

(Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)

Kalabakan telah disapa dengan kasih,

Dan kasih itu bukan datang untuk seketika, tetapi sebagai tanda bahawa mereka tak pernah dilupakan.

Terima kasih kepada semua penyumbang budiman yang setia menyumbang melalui MCM. Semoga Allah membalas kebaikan Tuan Puan semua dengan lebih banyak kebaikan dan kebahagian.

Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.

Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.

Tepat Pada Masa.

Tepat Pada Sasaran.

© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia