KASIH ASNAF SAJI KE-9 DI PAHANG TURUT RAIKAN ORANG ASLI (VIDEO)

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
13 May, 2024

Program Kasih Asnaf Saji bersama Muslim Care Malaysia meneruskan perjalanan ke Ulu Tembeling, Jerantut, Pahang. Lokasi di Pahang bertempat dua kampung iaitu Kg Bantal dan Kg Orang Asli Bengoi. 

Antara aktiviti yang dijalankan adalah bengkel menyelenggara enjin bot yang disertai 30 peserta yang dibimbing tujuh tenaga pengajar daripada Yayasan Sultanah Bahiyah.

Selain itu, sebanyak 200 pek makanan Saji turut diedarkan kepada 200 keluarga dari tujuh kampung. Antaranya, Kampung Bantal, Kampung Gusai, Kampung Sat dan Kampung Mat Daling.

Turut hadir Tan Sri Rastam Mohd Isa, Pengerusi FGV bagi merasmikan Program.

FGV dan Muslim Care Malaysia juga berkesempatan menziarahi Kampung Orang Asli Bengoi yang merupakan suku kaum bateq di Ulu Tembeling,Pahang. 

Keseluruhan sumbangan Kasih Asnaf Saji bersama Muslim Care Malaysia di Ulu Tembeling Pahang bernilai RM83,400.



© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia