KASIH ASNAF SAJI BERSAMA MCM - SIRI 5/KUALA LUMPUR (VIDEO)

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
10 March, 2024

Siri jelajah 10 lokasi Kasih Asnaf Saji Bersama Muslim Care Malaysia bergerak ke lolasi kelima, PPR Hiliran Ampang, Kuala Lumpur pada 7 dan 8 Mac 2024.

Sesi bantuan bermula dengan agihan ‘Back2School’ iaitu dua pasang seragam sekolah, selain kasut dan beg kepada 200 anak-anak dari keluarga yang tinggal di PPR Hiliran Ampang.

Majlis diadakan di Masjid Negara pada 7 Mac 2024. Lima puluh komputer riba turut disumbangka kepada 50 penuntut Universiti College MAIWP International (UCMI) dan Kolej Profesional Baitul Mal Kuala Lumpur turut diadakan di majlis sama.

Keesokan hari, seramai 500 penghuni PPR Hiliran Ampang beratur panjang untuk menerima Pek Saji mengandungi 16 jenis makanan keperluan harian di Dewan Lestari, PPR Hiliran Ampang.

Nilai keseluruhan sumbangan Kasih Asnaf Saji bersama Muslim Care Malaysia bagi lokasi yang kelima ini mencecah RM225,000.00.




© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia