KASIH ASNAF SAJI BERSAMA MCM MENUTUP TIRAI DI JOHOR (VIDEO)

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
13 May, 2024

Program Kasih Asnaf Saji Bersama Muslim Care Malaysia (MCM) akhirnya melabuhkan tirai di Pulau Tanjung Surat, Kota Tinggi, Johor pada 7 dan 8 Mei 2024 selepas menjelajah 10 lokasi di sembilan negeri sejak pertengahan Februari lalu.

Di perkampungan nelayan itu FGV Holdings selaku penaja utama melalui produk berjenama Saji menyumbangkan keseluruhan sebanyak RM149,850 membabitkan pembinaan sebuah stor, wakaf kerusi, meja, dan dua khemah serta karpet untuk masjid Kampung Linting.

Masjid Kampung Tanjung Surat turut menerima sebidang karpet masjid.

Selain itu, seperti lokasi sebelumnya sebanyak 200 pek makanan saji, 32 beg sekolah dan set alat tulis turut diagihkan kepada penduduk dan murid sekolah dari empat kampung. Dua lagi kampung terbabit ialah Kampung Nior dan Kampung Tanjung Belungkor.

Turut diadakan ialah acara kenduri rakyat dikendalikan secara bergotong royong oleh penduduk kampung yang masih mengekalkan tradisi 'rewang' setiap kali ada majlis kenduri.




© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia