KASIH ASNAF RINGANKAN BEBAN EKONOMI PENDUDUK KAMPUNG

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
13 August, 2024

Rata-rata penduduk kampung yang bekerja sendiri di kampung mereka tidak mampu untuk menambah pendapatan tambahan walaupun itulah keperluan semasa.

Harga barangan yang semakin mahal dan meningkat sedikit sebanyak merunsingkan mereka.

Muslim Care Malaysia (MCM) diwakili Tuan Johari Ismail, Timbalan Presiden MCM telah turun ke Jengka pada 4 Ogos 2024 dan menyampaikan bantuan set keperluan asas kepada 70 buah keluarga miskin.

Program dijayakan dengan kerjasama bersama NGO Shekhu Lubnan, Jengka.

Sedikit bagi kita, besar buat mereka.

Terima kasih kepada semua penyumbang yang telah bersama-sama kami menjayakan misi Kasih Asnaf kali ini.

Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.

Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.

Tepat pada waktunya.

Tepat pada sasaran.


© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia