KARNIVAL WANITA SEJAHTERA BOTA, PERAK MERIAH.

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
2 November, 2022
Karnival Wanita Sejahtera anjuran bersama Muslim Care Malaysia Society (MCM) dan beberapa NGO lain telah diadakan di Bota, Perak pada hari Sabtu yang lepas.

Pelbagai aktiviti menarik bagi meraikan masyarakat setempat terutamanya wanita telah diadakan. Antaranya ialah Jualan Prihatin, Pemeriksaan Kesihatan, Pertandingan Melukis dan Mewarna, Pertandingan Masakan, Pertandingan Gubahan, Sukan Rakyat, Cabutan Bertuah dan Jamuan Rakyat.
MCM sendiri telah menyumbangkan 50 set bantuan makanan asas kepada asnaf yang disenaraikan wakil kawasan tersebut.
 
Rasulullah SAW pernah ditanya berkenaan amalan yang dapat memasukkan ke dalam syurga, lalu Baginda SAW menjawab:
تَعْبُدُ اللَّهَ لاَ تُشْرِكُ بِهِ شَيْئًا ، وَتُقِيمُ الصَّلاَةَ ، وَتُؤْتِى الزَّكَاةَ ، وَتَصِلُ الرَّحِمَ
Maksudnya: “Sembahlah Allah dan jangan melakukan syirik pada-Nya, dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan jalinlah tali silaturrahim.
(Riwayat al-Bukhari)
 
Semoga dengan penganjuran aktiviti kemasyarakatan seperti ini dapat memberi kegembiraan dan kesejahteraan buat mereka yang memerlukan.
Terima kasih kepada yang telah berganding bahu demi menjayakan program sebegini.

Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia Society.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan,
Tepat pada sasaran.
Tepat pada waktunya.
© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia