KAKITANGAN MCM IKUTI KURSUS PERTOLONGAN CEMAS
Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
12 July, 2026
Muslim Care Malaysia Society (MCM) telah mengadakan program Asas Pertolongan Cemas (Basic First Aid) pada pagi tadi bertempat di MCM Centre, Batu Caves
Program yang berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 10.30 pagi itu disampaikan oleh Dr. Afiqah Zulkifli dan disertai oleh kakitangan MCM.
Sepanjang program, para peserta didedahkan kepada asas pertolongan cemas serta kaedah memberikan rawatan awal ketika berhadapan dengan situasi kecemasan sebelum bantuan perubatan tiba.
Walaupun ilmu yang dikongsikan kelihatan ringkas, ia amat penting dan berguna dalam kehidupan seharian. Diharapkan latihan ini dapat meningkatkan pengetahuan serta keyakinan kakitangan MCM untuk bertindak dengan betul sekiranya berlaku kecemasan.
Semoga ilmu yang dipelajari menjadi bekalan bermanfaat dan suatu hari nanti dapat membantu menyelamatkan nyawa seseorang.