JUADAH BERBUKA UNTUK BANDUAN AKHIR
Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
1 April, 2024
Sabda Rasulullah SAW:
وَإِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالخَوَاتِيمِ
Maksudnya: “Sesungguhnya amalan itu dilihat pada pengakhirannya.”
(Riwayat al-Bukhari)
Kehidupan kita ini dinilai bukannya di mana dan bagaimana kita bermula, namun bagaimana dan di mana kita berakhir.
Muslim Care Malaysia bersama pasukan Dato' Seri Dr Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri, mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah menyantuni dan menyampaikan sumbangan juadah berbuka kepada banduan akhir di penjara Sungai Buloh pada Isnin, 25 Mac 2024.
Turut diagihkan pada hari tersebut ialah bekalan barang asas untuk kegunaan peribadi mereka.
Lebih istimewa apabila Dato' Seri Dr Hj Zulkifli Mohamad Al-Bakri sudi untuk memberi pengisian jiwa buat kami semua yang ada di sana.
Takdir menentukan mereka bertemu hidayah di dalam penjara. Mereka ditarbiyah dan diajar kembali makna hidup dan kaedah menjadi hamba Allah yang taat selama bertahun-tahun di sini.
Mudah-mudahan kehadiran kami semalam memberi signal bahawa mereka masih diingati.
Semoga Ramadan 1445H membawa sinar yang lebih baik kepada kita semua.
Amin.
Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.
Tepat pada waktunya.
Tepat pada sasaran.