“JIMAT KOS MAKANAN SEBULAN”

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
31 July, 2024

“Terima kasih Muslim Care Malaysia dan EKUINAS. Alhamdulillah..barangan ini boleh kami gunakan sekurang-kurang sebulan. Jimatlah perbelanjaan kami.”

Itu antara kata-kata penerima pek makanan sempena program Iltizam Ekuiti Nasional Berhad (EKUINAS) bersama Muslim Care Malaysia.

Sebanyak 100 keluarga asnaf dari beberapa kampung sekitar Beseri, Perlis menerima pek makanan bernilai RM130 setiap satu.

Majlis berlangsung di Dewan Seri Malau, Beseri Perlis pada 25 Julai 2024

Setiap pek makanan mengandungi pelbagai produk keperluan harian seperti beras, minyak masak, tepung, susu, gula dan lain-lain.

Agihan sumbangan disempurnakan oleh Presiden Muslim Care Malaysia, Tuan Haji Zulkifli Wahijan. Hadir sama, Setiausaha Agung Ahmad Safuan dan Exco, Tuan Asri Tuan Hussein.

Terima kasih kepada EKUINAS kerana memberi kepercayaan kepada Muslim Care Malaysia. Semoga segala usaha kebaikan ini dapat diteruskan pada masa yang akan datang.

Bersama Muslim Care Malaysia

Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan


© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia