JELAJAH PERKONGSIAN ISU TERKINI PALESTIN DI TERENGGANU
Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
27 July, 2026
Alhamdulillah, Muslim Care Malaysia Society (MCM) telah berjaya menyempurnakan siri Roadshow Palestin: Realiti Semasa & Tanggungjawab Kita di tiga lokasi sekitar Kemaman dan Dungun, Terengganu, dengan sambutan yang amat menggalakkan daripada para jemaah dan masyarakat setempat.
14 Julai 2026
Masjid Jamek Kemasik – Kuliah Maghrib
15 Julai 2026
Surau PECC Kerteh – Kuliah Zohor
15 Julai 2026
Masjid Taman Hadari, Paka – Kuliah Maghrib
Siri perkongsian ini disampaikan oleh Haji Zulkifli Wahijan (Presiden MCM), Ahmad Safuan Ujar (Setiausaha MCM) dan Ustaz Ahmad Shukri Ismail (Bendahari MCM), yang membawakan perkongsian mengenai perkembangan terkini di Palestin, khususnya di Gaza, termasuk situasi kemanusiaan yang semakin kritikal serta tanggungjawab umat Islam untuk terus membantu saudara seagama melalui doa, infak, advokasi dan penyebaran kesedaran.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan Masjid Jamek Kemasik, Surau PECC Kerteh, dan Masjid Taman Hadari, Paka, serta seluruh jemaah yang hadir dan memberikan sokongan sepanjang siri roadshow ini. Kehadiran dan keprihatinan yang ditunjukkan menjadi bukti bahawa semangat solidariti rakyat Malaysia terhadap Palestin terus utuh dan tidak pernah luntur.
Semoga Allah SWT menerima setiap usaha, doa dan sumbangan kita sebagai amal soleh, serta mengurniakan kemenangan, keamanan dan kebebasan buat bumi Palestin.
"Palestin bukan sekadar isu kemanusiaan, tetapi amanah ummah yang perlu terus diperjuangkan bersama."