JELAJAH DAKWAH DAN KEBAJIKAN DITERUSKAN KE ABU DHABI

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
23 November, 2025

Selepas Qatar, destinasi seterusnya Jelajah Dakwah dan Kebajikan Muslim Care Malaysia (MCM) bersama Penasihat Agama kami, Datuk Seri Dr. Zulkifli Al-Bakri ialah ibu negara Emiriah Arab Bersatu (UAE), Abu Dhabi.

Bermula dengan usrah santai bersama rakyat Malaysia di situ, antara program utama ialah kunjungan hormat ke atas Duta Malaysia ke UAE, TYT Tengku Dato’ Sirajuzzaman Bin Tengku Mohamed Ariffin di pejabatnya di Abu Dhabi.

Selain itu, delegasi MCM iaitu Presiden, Tuan Haji Zulkifli Wahijan, Naib Presiden, Muhd Khidir Izaidin dan Bendahari Agung, Ustaz Ahmad Shukri Ismail turut berkesempatan menziarahi Pengerusi Majlis Fatwa UAE, Sheikh Abdullah Bin Bayyah.

Bagi mengeratkan jaringan ilmu dan dakwah, delegasi MCM turut melakukan lawatan ke pejabat International Forum for Muslim Scholars (IFMS) dan mengadakan perbincangan dengan pihak pengurusan organisasi itu.

Alhamdulillah, semua pertemuan dan perbincangan berlangsung dalam suasana yang sangat positif dan mencungkil banyak informasi yang bermanfaat..

Semoga ukhuwah dan sinergi kebaikan ini terus subur dan memberi manfaat kepada ummah.


© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia