JELAJAH 11 MASJID DI KOTA KINABALU KONGSI DERITA PALESTIN

Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
12 July, 2026

Dalam masa empat hari, 11 masjid dan surau sekitar Kota Kinabalu telah dijelajahi untuk perkongsian maklumat berkaitan isu terkini rakyat Palestin serta perkaitannya dengan perang Iran - Israel.

Ceramah disampaikan Timbalan Presiden Muslim Care Malaysia (MCM) Haji Mohd Johari Ismail Ahli Lembaga Pengarah (ALP) MCM, Haji Tuan Asri Tuan Hussein dan Pengarah Urusan Sabah Relief, Ustaz Mohd Tarmizi Mohd Yahya.

Ceramah disampaikan melalui slot Kuliah Maghrib, Kuliah Subuh dan Tazkirah Jumaat dari 8 hinga 11 Julai 2026 di masjid dan surau berikut:

1. Masjid Azizur Rahman Kimanis

2. ⁠Masjid Kampung Takis, Papar

3. Masjid Bukit Pandang

4. ⁠Surau Nurul Hidayah, Kampung Baru Luyang

5. Masjid AsSalam Kampung Contoh, Putatan

6. ⁠Masjid JPJ, Kota Kinabalu

7. Surau Al Hijrah, Putatan

8. ⁠Masjid Puncak Taqwa, Kinarut

9. Surau Al Amal Kampung Pituru Kinarut

10. Masjid Al Falah, Kampung Tebobon

11. ⁠Surau Al Mustafa, Kampung Tebobon

Terima kasih juga diucapkan kepada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) khususnya Mufti Negeri Sabah, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar atas keizinan yang diberikan kepada wakil MCM serta Sabah Relief untuk pelaksanaan sesi perkongsian ilmu ini.

MCM sentiasa ‘istiqamah dan sumud’ dalam menyebarkan maklumat mengenai nasib rakyat Palestin yang masih berterusan dizalimi rejim Zionis Israel laknatullah dengan perang Taufan al-Aqsa bakal memasuki tempoh tiga tahun pada Oktober akan datang.

Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia

Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan

Tepat Pada Waktunya, Tepat Pada Sasaran

© Since 2006 Muslim Care Malaysia. Hak Cipta Terpelihara
Dibangunkan oleh Aeronerve
Muslim Care Malaysia