
JAUH DI SEMPADAN, MUSLIM CARE HADIR BAWA HARAPAN
Disediakan Oleh : Muslim Care Malaysia
17 June, 2025
Alhamdulillah, Muslim Care Malaysia (MCM) telah menyantuni 100 orang asnaf di Kampong Telok Bukit, Narathiwat, Thailand pada 9 Jun 2025 yang lalu.
Bantuan berbentuk makanan asas telah disampaikan sendiri oleh Exco MCM, Ustaz Muaz Hassan selepas selesai pelaksanaan ibadah korban di sana.
Walau jauh di sempadan, mereka tidak pernah kami lupakan.
Selagi ada yang memerlukan, MCM akan sentiasa usahakan membantu.
Ketua daerah kawasan berkenaan turut menyatakan penghargaan atas kehadiran MCM yang sanggup merentas sempadan demi menyampaikan bantuan secara langsung kepada mereka yang memerlukan.
“Siapa yang memberi makan kepada orang yang lapar, Allah akan beri makan kepadanya dari buah-buahan syurga.”
(Hadith Riwayat Tirmizi)
Terima kasih kepada para penyumbang yang menjadikan misi ini satu kenyataan. Semoga setiap kebaikan yang Tuan Puan hadirkan akan menjadi asbab kebaikan dalam kehidupan Tuan Puan kembali.
Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.
Tepat Pada Masa.
Tepat Pada Sasaran.